Service Proposal
Tragedi Kemalangan Helikopter TLDM

Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Rajiun | إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut pagi tadi yang telah meragut 10 nyawa wira negara. Kami turut berduka cita di atas pemergian yang tidak dijangka ini.

Semoga roh kesemua mangsa tragedi ini dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga ahli-ahli keluarga mangsa diberikan kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang amat berat ini.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi dan berdoa agar urusan mereka yang terlibat dalam nahas ini akan dipermudahkan.

الفَاتِحَة