"Harapan saya agar segala pembaharuan, kemajuan dan pencapaian yang sedang dilaksanakan di LUNAS hari ini akan terus diperkukuh dan diteruskan pada tahun mendatang. Saya amat berbangga melihat komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh warga LUNAS serta perkembangan positif yang berjaya dicapai dalam semua projek yang sedang dilaksanakan.
Saya juga amat menghargai semangat kerjasama yang terjalin bersama rakan strategik seperti TLDM, APMM, Marine serta pelanggan komersial yang meletakkan keyakinan bahawa LUNAS merupakan sebuah syarikat yang mempunyai keupayaan, kesungguhan dan komitmen untuk memberikan yang terbaik.
Pada saya, segala pencapaian ini bukanlah hasil usaha individu semata-mata, tetapi merupakan hasil sumbangan, dedikasi dan kerja keras seluruh warga kerja LUNAS yang sentiasa bersama-sama menggerakkan syarikat ke arah kecemerlangan."
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Minister of Finance II
"Sebagai seorang tenaga akademik yang melihat industri maritim Malaysia secara menyeluruh, saya berpendapat bahawa LUNAS memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan negara terus kekal relevan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Sehubungan itu, saya melihat bahawa sebuah syarikat pembinaan kapal seperti LUNAS perlu terus merealisasikan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara industri moden dengan mengadaptasi elemen Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dalam ekosistem industri shipyard dan maritim negara.
LUNAS mempunyai potensi besar untuk menjadi antara pemacu utama ekonomi dalam sektor maritim, khususnya dengan kekuatan kepakaran tempatan yang dimiliki dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan kapal. Dengan komitmen berterusan terhadap inovasi, pembangunan teknologi dan modal insan, LUNAS mampu memperkukuh kedudukannya sebagai pemain industri maritim yang berdaya saing di peringkat nasional dan serantau."
Ts. Dr. Zaimi Zainal Mukhtar
Dean and Head of Campus, UniKL MIMET
"On behalf of AMIM, I would like to congratulate LUNAS for the successful launching of the LCS 2 and we have seen a lot of improvement in the past few years on getting the vessel ready. It has been a tough journey but we believe LUNAS could do it. GO LUNAS!"
Adren Siow
President of Association Of Marine Industries Of Malaysia (AMIM)
"On behalf of all KM KIMANIS crew, I would like to thank the shipyard for their tremendous work on our vessel. Thank you for such great cooperation while working on our ship. Based on the work done to our ship, I truly believe that the shipyard will achieve greatness in the future. I wish you all the best."
Lieutenant Commander (Maritime) Mohamed Shafiee bin Bakar
Commanding Officer of KM KIMANIS, Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA)
“I am very satisfied with the services provided by your shipyard, and I truly appreciate the friendliness and customer-centric approach demonstrated by your personnel.”
Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad
Executive Chairman & Managing Director of Halim Mazmin Group, Founding Director of Halim Mazmin Group (HMG)